Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Agama Suryadharma Ali menegaskan bahawa kerusuhan yang terjadi di Desa Nangkernang, Sampang, Madura, Jawa Timur, bukanlah persoalan agama, malah persoalan ini muncul kerana masalah keluarga dan semakin diperbesarkan dengan tidak tentu arahnya."Perlu diketahui bahawa perkara ini sebenarnya bukan persoalan agama, tetapi persoalan keluarga yang kemudian diperbesarkan sehingga melibatkan para pengikut-pengikutnya," ujarnya di Jakarta Pusat.Beliau menambah, pengikut-pengikut kedua keluarga ini sejak awal memang sudah berbeza mahzab. Dalam kerusuhan terkini, pengikut kedua keluarga itu terpengaruh untuk saling membela. "Pengikut ini memang berbeza mahzab, akhirnya ya seperti ini kejadiannya," jelas Menteri Agama."Kita harus dapat menenangkan suasana, colling down, untuk mengembalikan situasi keamanan di sana," tekan beliau.Menteri Agama sendiri dikatakan akan meninjau ke lokasi rusuhan hari ini bersama beberapa orang dari kementerian yang berkenaan. Diantaranya ialah Panglima TNI Laksamana TNI Agus Suhartono, Kapolri Jenderal Timur Pradopo, Mendagri Gamawan Fauzi, Menkumham Amir Syamsuddin dan Ketua BIN Marciano Norman untuk melihat dari dekat persoalan sebenar yang memicu rusuhan.Sementara itu presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut menjelaskan serangan ke atas masyarat Syiah berpunca dari masalah keluarga."Persoalannya kompleks, di satu perspektif ia berkaitan dengan keyakinan, tetapi di sisi lain juga merupakan konflik dalaman keluarga yang akhirnya saling dikaitkan dan masing-masing mempunyai pengikut, maka terjadilah insiden yang sangat kita sesalkan itu," ujar presiden setelah mesyuarat tergempar di pejabat Presiden, Jakarta, Isnin (27/8/2012).